Lelaki ‘bertudung’ intai wanita di tandas pasar raya ditahan

23 Oct 2023 • 11:41 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

PASIR GUDANG - Polis menahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai mengintai seorang wanita di tandas sebuah pasar raya di Taman Bukit Dahlia di sini, semalam. 

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, kejadian itu berlaku kira-kira 11 pagi, sebelum lelaki berusia 23 tahun berkenaan diserahkan orang awam kepada polis. 

“Hasil semakan mendapati lelaki terbabit tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan kes disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata, permohonan reman ke atas suspek akan dibuat di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah di Mahkamah Johor Bahru hari ini untuk siasatan lanjut. 

“Orang ramai diingatkan agar tidak melakukan perbuatan yang melanggar norma kehidupan dan undang-undang negara.

“Sebarang maklumat kejadian hendaklah disalurkan kepada pihak berkuasa bagi tindakan lanjut,” katanya.

Semalam, tular sebuah video berdurasi dua minit 11 saat memaparkan seorang lelaki ‘bertudung’ memasuki tandas wanita.

Perbuatannya itu berjaya dikesan lalu ditangkap orang awam dan ‘disoal siasat’ seorang wanita dipercayai mangsa di pasar raya berkenaan. – 23 Oktober, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved