Lelaki Bujang Ditangkap Khalwat Bersama Wanita Mengandung Di Johor

LocalPolitics
28 Oct 2025 • 4:40 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Semalam (27 Oktober), Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) telah menahan seorang lelaki bujang bersama wanita mengandung selepas disyaki berkhalwat di sebuah hotel di negeri itu.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebook akaun Penguatkuasa JAINJ 2025, tangkapan itu dibuat pada jam 8.15 pagi, namun daerahnya dirahsiakan.

“Sampai di lokasi penguat kuasa mengetuk pintu dan dibuka lima minit kemudian oleh seorang wanita berpakaian skirt labuh dan kemeja T.

“Keadaan bilik terang dan ditemukan seorang lelaki dipercayai baru bangun tidur dalam keadaan yang berpakaian seluar panjang dan kemeja T,” katanya.

Lelaki bujang mohon jangan beritahu keluarganya

Menurut JAINJ, lelaki berusia 20-an itu masih bujang dan menetap bersama keluarganya. Lelaki itu juga hanya mengakui wanita terbabit adalah kawan biasa dan memberikan alasan untuk berehat seketika.

Katanya, lelaki tersebut nampak ketakutan apabila hendak dibawa ke balai polis dan meminta tolong untuk tidak beritahu keluarganya.

“Pemeriksaan lanjut penguat kuasa wanita mensyaki wanita itu mengandung sekitar lima atau enam bulan.”

Wanita mengandung tiada suami, akui terlanjur dengan lelaki lain

Lebih mengejutkan, wanita terbabit juga mengakui dirinya masih bujang dan pernah terlanjur beberapa kali dengan lelaki lain.

“Apabila ditanya adakah wanita itu mempunyai suami? Wanita berkenaan mengaku terlanjur beberapa kali dengan lelaki lain yang tidak mahu bertanggungjawab dan meninggalkannya.

“Lelaki yang ditangkap khalwat bersama wanita mengandung ini juga terkejut dan tidak mengetahui wanita terbabit hamil,” katanya.

Pasangan terbabit ditangkap atas kesalahan khalwat mengikut Seksyen 27 dan dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.

Source: