Lelaki Buta Terjatuh Dalam Lubang Di Laluan ‘Tactile’, Sempat Hantar Voice Note Pada Isteri

6 Dec 2023 • 4:38 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Seorang lelaki buta yang juga merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) berdepan nasib malang apabila terjatuh dalam lubang di laluan tactile.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh @mrranggapnnadia di laman TikToknya, isteri kepada lelaki tersebut yang dikenali sebagai Nadia meluahkan rasa syukur kerana suaminya tidak mengalami sebarang kecederaan selepas terjatuh dalam longkang berkenaan.

Lelaki buta terjatuh dalam lubang

@mrranggapnnadia

Terkejut saya mendengar voicenote dari suami bagitahu dia jatuh dalam lubang Allah sahaja yang tahu perasaan saya masa tu Syukur husband kata dia x ada apa2. Dia dah ke klinik dan Dr kata tiada keretakan (buat xray). Syukur alhamdulillah. Terima kasih Allah. Moga Allah terus menjaga dan lindungi suami. Saya dengan rendah hati, mohon kepada semua, sekiranya ternampak halangan atau lubang yang berbahaya di laluan tactile (laluan orang buta), mohon bantu untuk laporkan kepada pihak yang berkaitan ya. Mari sediakan laluan tactile yang selamat untuk OKU penglihatan. P/s: kawasan area dataran merdeka ke masjid negara #mrranggapnnadia #raiseawarenessfortheblind #okupenglihatan #blind #tiktokguru

♬ Instrumen Sholawat Sedih – Yuda pratama

Difahamkan juga, suaminya sempat menghubungi dirinya menerusi voice note di aplikasi WhatsApp untuk memaklumkan kejadian malang tersebut sebaik sahaja terjatuh di kawasan Dataran Merdeka menghala ke Masjid Negara.

“Terkejut saya mendengar voicenote dari suami bagitahu dia jatuh dalam lubang. Allah sahaja yang tahu perasaan saya masa tu. Syukur husband kata dia tak ada apa-apa.

“Dia dah ke klinik dan Dr kata tiada keretakan (buat xray). Syukur alhamdulillah,” ujarnya di ruangan kapsyen.

image is not available

Dalam pada itu, Nadia merayu kepada orang ramai supaya membuat laporan kepada pihak bertanggungjawab jika ternampak kerosakan yang berlaku di laluan tactile bagi menggelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

“Saya dengan rendah hati, mohon kepada semua, sekiranya ternampak halangan atau lubang yang berbahaya di laluan tactile (laluan orang buta), mohon bantu untuk laporkan kepada pihak yang berkaitan ya. Mari sediakan laluan tactile yang selamat untuk OKU penglihatan,” tambahnya lagi.

image is not available

Minta pihak berkuasa jalankan tanggungjawab

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, ada segelintir netizen menyeru kepada pihak bertanggungjawab untuk mengambil tindakan dengan memperbaiki laluan orang buta demi keselamatan golongan tersebut.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Semoga cepat sihat

Ramai yang mendoakan agar kesihatan suami Nadia kembali seperti sedia kala serta urusannya dipermudahkan selalu.

image is not availableimage is not available

Sumber: TikTok @mrranggapnnadia