
TAWAU: Seorang lelaki cedera di kaki apabila kereta jenis Toyota Hilux yang dipandunya, terbabas di Kg Jagung Jalan Tawau - Merotai, pada Sabtu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, mangsa, 30, yang tersepit, berjaya dikeluarkan pasukannya dengan menggunakan peralatan khas.
“Mangsa kemudiannya diberikan rawatan awal dan diserahkan kepada ambulans untuk dihantar ke hospital Tawau bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.
Mangsa dipercayai terbabas sendiri ke tepi jalan.
SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more Terdahulu, katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada jam 2.51 pagi menerusi MERS999.
Tambahnya, sepasukan 10 pegawai dan anggota bersama dua jentera tiba di lokasi pada jarak 32 kilometer sekitar jam 3.32 pagi.
Jemishin berkata, pihaknya menamatkan operasi pada jam 3.50 pagi selepas memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

