Lelaki cedera ditembak selepas rempuh kenderaan polis

24 Jun 2024 • 4:24 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

KUALA LUMPUR, 24 JUN: Seorang lelaki cedera ditembak selepas kereta dipandunya merempuh kenderaan polis dalam kejadian di Serendah, Selangor pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ahmad Faizal Tahrim berkata dalam kejadian kira-kira 4.40 petang itu, kenderaan dipandu lelaki berusia 30-an itu dikesan dalam keadaan mencurigakan oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Mualim, Perak.

Beliau berkata setelah kereta suspek berhenti di depan gerai makan di kawasan Serendah, polis telah menghalang laluan dengan dua kenderaan, namun lelaki terbabit bertindak merempuh kenderaan polis sehingga membahayakan nyawa anggota.

“Pasukan polis melepaskan beberapa das tembakan ke arah kenderaan suspek dan selepas keadaan selamat, pemeriksaan mendapati lelaki itu mengalami kecederaan diperut akibat kesan tembakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Faizal berkata lelaki terbabit kemudian dibawa ke Hospital Selayang dan berada dalam keadaan stabil.

Menurutnya lelaki terbabit yang mempunyai 14 rekod jenayah lampau membabitkan kes jenayah dan dadah ditahan reman tujuh hari hingga 28 Jun ini serta kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

-BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved