
SEMPORNA: Seorang lelaki berusia 21 tahun mengalami kecederaan selepas Perodua Kelisa dipandunya terbabas di Jalan Pegagau, Peringkat 3 di sini pada Rabu.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.58 pagi melalui MERS999.
Sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Semporna dikejarkan ke lokasi kejadian dengan menaiki jentera bomba dan kenderaan EMRS.
“Setibanya pasukan itu mendapati sebuah Perodua Kelisa terbabas ke bahu jalan dan seorang lelaki mengalami kecederaan di kaki kanannya.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more “Pasukan EMRS memberikan rawatan awal dan mangsa dibawa ke Hospital Semporna untuk rawatan lanjut,” katanya sambil menambah operasi tamat pukul 8.33 pagi.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
