Lelaki cedera kereta terjunam ke landasan kereta api

8 Aug 2022 • 7:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sebuah kereta terjunam ke landasan kereta api sedalam kira-kira embilan meter selepas terbabas dan hilang kawalan di kawasan Wadi Hana, Johor Bahru, pada Isnin.

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki cedera selepas kereta dipandunya hilang kawalan sebelum terjatuh ke landasan kereta api di kawasan Wadi Hana di sini pada awal pagi Isnin. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Nazaruddin Ahmad Zainuddin berkata, pihaknya menerima laporan kejadian tersebut pada jam 2.32 pagi. Susulan itu katanya, seramai 11 anggota bersama-sama sebuah jentera Fira Rescue Tender (FRT), satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan satu Unit Bermotor Bomba (RIM) dikejarkan ke lokasi kejadian. "Sampai di lokasi kejadian kita dapati seorang lelaki berusia 28 tahun cedera ringan. Kita dapati kereta mangsa terjunam kira-kira ke landasan kereta api sedalam lebih sembilan meter. "Mangsa yang memandu Proton Iriz berjaya keluar sendiri dari kenderaan tersebut. "Pihak bomba bersama pasukan perubatan dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) memberikan rawatan kepada mangsa sebelum membawanya naik dengan menggunakan pengusung," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. Menurutnya, kemalangan dipercayai berpunca apabila mangsa yang dalam perjalanan dari Lebuhraya Tebrau menghala ke pusat bandar terbabas sebelum kereta itu terjatuh ke landasan kereta api berkenaan. Katanya, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak HSA untuk tindakan seterusnya dan operasi selesai pada jam 3 pagi.