
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 40 tahun mengalami kecederaan ringan selepas kereta jenis Lamborghini yang dipandunya terbabas sebelum merempuh sebatang pokok (gambar) di Jalan Kolam Luyang, berhampiran sebuah stesen Petronas, kira-kira jam 8 malam, pada Jumaat.
Dalam kejadian itu, mangsa dilaporkan sedang dalam perjalanan dari pusat bandar menuju ke Foh Sang, sebelum sebuah kenderaan tiba-tiba keluar dari arah kiri jalan.
Bagi mengelakkan perlanggaran, pemandu itu membelok ke kanan secara mengejut, menyebabkan kenderaan mewah itu hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pokok.
Sarjan Jison hadir di lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung punca serta keadaan sebenar insiden tersebut.


