Lelaki Cedera Parah Selepas Diserang Buaya, Berkemungkinan Masuk Dari Tali Air Kerana Banjir

LocalEnvironment
2 Dec 2025 • 10:20 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Umum mengetahui, haiwan reptilia seperti buaya merupakan binatang yang sering digeruni oleh orang ramai.

Ini kerana buaya mempunyai sifat yang agresif dan menyerang sesiapa sahaja termasuklah manusia.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: ‘Ingatkan Biawak’ – Wanita Warga Emas Terkejut Kaki Kiri Digigit Anak Buaya [Video]

Lelaki diserang buaya alami cedera parah

Terbaharu, seorang lelaki di Teluk Intan, Perak dilaporkan mengalami cedera parah selepas dibaham oleh buaya di kawasan kebun di Kampung Sungai Buaya pada 29 November lalu.

Turut difahamkan lelaki terbabit mengalami kecederaan dalaman yang serius pada bahagian lutut kaki kiri.

Menurut Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak, Yusoff Shariff pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan jam 6.30 petang pada 29 November yang lalu.

Mangsa yang dilaporkan cedera itu lalu dirawat di Hospital Teluk Intan.

Ada kemungkinan buaya datang dari limpahan tali air

Ujar Yusoff, pihak PERHILITAN tidak menolak kemungkinan kemunculan haiwan reptilia yang menyerang mangsa tersebut datang dari limpahan tali air yang berdekatan ekoran banjir yang berlaku di kawasan sekitar.

“Memang ada kes itu, kita terima laporan jam 6.30 petang Sabtu lalu (29 November).

“Kemungkinan buaya itu terlepas di kawasan itu disebabkan banjir. Ya ia kemunculan pertama buaya di kawasan berhampiran situ,” jelasnya, lapor Berita Harian.

Ujar beliau lagi, setakat ini tindakan yang dilakukan oleh pihak PERHILITAN adalah melakukan pemantauan, selain memasang papan tanda amaran.

Memetik Berita Harian, berita mengenai lelaki itu mengalami kecederaan ekoran diserang buaya sewaktu sedang menjaring ikan di kawasan kebunnya di Kampung Sungai Buaya menjadi tular di WhatsApp sejak semalam (1 Disember).