
PETALING JAYA: Seorang lelaki yang lemas ketika cuba menyelamatkan dua kanak-kanak di Pantai Bagan Lalang, Sepang, ditemukan terapung, berdekatan sebuah pusat peranginan, hari ini.
Mangsa, Muhammad Faizal Mahasan, 29, ditemukan orang awam kira-kira 9.30 pagi sebelum dinaikkan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM).
Timbalan Ketua Polis Sepang, Md Noor Aehwan Mohammad, berkata mangsa dipercayai lemas dalam cubaan menyelamatkan dua mangsa yang turut lemas, masing-masing berusia tujuh dan sembilan tahun, semalam.
Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat.
SPONSORED CONTENT Carlsberg Golf Classic 2023 Swings Back into Action: The Ultimate #NEXTGEN Golf Tournament Kuala Lumpur: – The Carlsberg Golf Classic (CGC) is back in June this year with the introduction of two digital golf legs to draw beginner golfers, who play off-course in indoor simulators, rebranding it as #NEXTGEN. Read more “Operasi mencari dan menyelamat mangsa disambung pagi tadi selepas ditangguhkan malam semalam akibat cuaca gelap.
“Operasi pagi ini disertai 15 anggota polis, 10 penyelam Unit Penyelam Klang (bomba), 16 anggota APM dan MPSepang (Pantas) seramai enam orang,” katanya menurut Utusan Malaysia.
Dalam kejadian 2.30 petang semalam, dua beradik perempuan masing-masing berusia tujuh dan sembilan tahun ditemukan lemas oleh nelayan dan orang awam.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
