Lelaki dakwa pegawai PM berpakaian mahal direman

15 Sep 2022 • 2:13 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan - Foto 123RF

PUTRAJAYA - Seorang lelaki direman tiga hari pada Khamis bagi siasatan lanjut berhubung hantaran di media sosial berkaitan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, suspek yang berumur 40-an sebelum ini ditahan kira-kira jam 10 malam pada Rabu.

"Suspek disiasat berhubung hantaran di media sosial berkaitan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Nazimah Hashim pada tahun lalu.

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Pada Rabu, seorang lelaki tempatan diberkas berhubung satu hantaran media sosial mengenai Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri.

Hantaran tersebut dipercayai dimuat naik pada tahun lalu mendakwa Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri itu memakai pakaian dan barang kemas mahal ke pejabat.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved