Lelaki dan teman wanita didakwa bunuh ibu kandung

10 Feb 2025 • 1:35 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

BUTTERWORTH, 10 FEB: Seorang lelaki dan teman wanitanya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu kandungnya, dua minggu lepas.

J.Ambrose, 24, dan S.Litha, 20, mengangguk faham sebaik sahaja pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan mereka bersama-sama didakwa menyebabkan kematian JP. Virginie, 60, di sebuah rumah di Bagan Ajam, Butterworth antara 6.43 petang hingga 8.37 malam, 31 Januari lepas.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara maksimum 40 tahun dan sebat minimum 12 kali jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurameera Shahrul Azrin tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan ia kesalahan tidak boleh dijamin, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 14 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan laporan kimia dan bedah siasat.

-BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved