Lelaki Di China Terus Beli Tilam Berharga RM12,409 Selepas Tertidur Masa Uji Keselesaannya [Video]

4 Oct 2022 • 4:12 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available
lelaki tidur ketika uji keselesaan tilam

Tilam merupakan salah satu perkara yang sangat penting dalam membantu seseorang itu untuk mendapatkan tidur yang lena.

Malah, tilam yang baik bukan sahaja membantu tidur yang lena tetapi ia juga bagus untuk kesihatan si penggunanya.

Adakalanya, apabila hendak membeli tilam kita mungkin akan ke kedai untuk mendapatkan pandangan namun seorang lelaki di Zhejiang, China, menggunakan kaedah berbeza dalam memilih tilamnya.

Nak uji dahulu sebelum beli

Memetik laporan Mothership, untuk membeli tilam yang diinginkan lelaki itu telah mengambil keputusan untuk menguji tilam tersebut terlebih dahulu.

Malah menerusi video yang dimuat naik di Weibo, dia turut diberikan kebenaran untuk menguji tilam tersebut kedai itu, dia kemudian tertidur di atas tilam berkenaan.

Pekerja kedai tutup lampu dan hulur selimut, bangun tidur lelaki beli tilam

Apa yang lebih menarik, pekerja kedai itu turut menutup lampu dan memberinya selimut agar lelaki tersebut dapat memperoleh tidur yang lena.

Menurut kakitangan kedai tersebut, sebaik sahaja lelaki itu bangun dari tidurnya yang lena dia kemudian terus membeli tilam tersebut.

Katanya, tilam itu menelan belanja sebanyak 19,000 Yuan (RM12,409).