Lelaki Di Indonesia Tenang Buat Reviu Ketika Dipatuk Ular Undang Perhatian Ramai [Video]

LocalEntertainment
7 Nov 2024 • 5:21 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available
lelaki di Indonesia buat review kena patuk ular

Umum sedia maklum sebenarnya ramai di kalangan masyarakat yang gemar menerokai hutan dengan melakukan aktiviti mendaki (hiking), berkhemah dan banyak lagi.

Buat golongan tersebut, antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah cuaca, keselamatan diri, lokasi mendapatkan sumber air bersih, kelengkapan barang keperluan dan banyak lagi.

Nama pun hutan, sudah tentu anda juga perlu berhati-hati di tempat tersebut kerana berisiko terserempak dengan haiwan liar.


Lelaki Dipatuk Ular Daun Ketika Berada Dalam Hutan, Siap Buat Reviu!

Baru-baru ini, tular satu video di laman Instagram menyaksikan seorang lelaki dari Indonesia berdepan detik cemas sewaktu dipatuk oleh seekor ular pucuk atau nama lainnya ular daun di dalam sebuah hutan.

Menerusi video tersebut, kelihatan ular tersebut sedang mematuk dahi lelaki itu. Lelaki itu dalam masa sama memegang haiwan reptilia berkenaan dengan sebelah tangannya.

Kebiasaannya, orang lain akan berasa panik dan tidak tentu arah jika berada dalam situasi sebegitu. Namun lain pula buat pemuda ini yang mana dia sempat melakukan reviu walaupun dalam keadaan sakit dipatuk oleh ular!

image is not available
Sumber: Instagram (@therealtarzann)

“Aduh tertarik (dahi). Jadi lebih baik saya kasi reviu gigitan ni memandangkan saya dah pun dipatuk. Gigitannya tu pedih rakan-rakan, ini tak recommend (disyorkan) untuk beginners.

“Ular ini tarik dahi saya. Kalau saya tarik ular ni, ia akan gigit dahi saya lebih lagi,” ujarnya dalam keadaan masih dipatuk haiwan tersebut.

Selepas seketika bersabar menunggu, ular itu akhirnya melepaskan patukannya di dahi lelaki berkenaan.

Kalau anda nak tahu, ular daun ini mempunyai bisa. Namun ia tidak berbahaya kepada manusia sebaliknya hanya dapat membunuh haiwan-haiwan kecil yang lain sahaja sebagai contoh katak atau burung.


Ramai Terhibur Lihat Lelaki Kekal Tenang Dipatuk Ular

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terhibur melihat gelagat lelaki yang hanya bersabar dan sempat membuat reviu sewaktu dipatuk oleh ular daun tersebut.

“Boleh buat reviu benda lain kan? Reviu kena patuk ular juga kau nak buat 😂😭,” kata seorang netizen.

Malah ramai juga berjenaka selepas melihat situasi tidak terduga itu.

“Botox asli, terus datang daripada sumbernya,” ujar seorang pengguna Instagram.

Sementara itu, ramai juga memuji lelaki tersebut kerana tidak panik mengendalikan situasi berkenaan.

“Dia punya tahap sabar, ketenangan, komen lawak memang segalanya,” jelas seorang wanita.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available
Sumber: Instagram (@therealtarzann)

Source:

View Original Article