Lelaki Di Kuantan Ini Hairan Pawagam Kosong, Rupanya Tersalah Beli Tiket Di Vivacity Megamall Kuching

6 Jul 2022 • 3:23 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

‘Kena booking flight tiket lah kalau macam tu’ – netizen

Lelaki Di Kuantan Ini Hairan Pawagam Kosong, Rupanya Tersalah Beli Tiket Di Vivacity Megamall Kuching. Filem Mat Kilau memang digilai dan meraih perhatian ramai semenjak ianya ditayangkan di panggung wayang.

Kebangkitan Pahlawan, yang mencetus fenomena menjadi bukti bahawa generasi hari ini amat memerlukan medium seperti filem ini untuk menyuntik semangat nasionalisme dan patriotisme dalam diri. Jadi, tidak hairanlah ramai yang bersemangat ingin menonton filem ini.

image is not available
Lelaki Di Kuantan Ini Hairan Pawagam Kosong, Rupanya Tersalah Beli Tiket Di Vivacity Megamall Kuching. Gambar sekadar hiasan

Individu ini menyangka TGV di Kuantan ini berhantu

Baru-baru ini telah tular satu perkongsian yang sempat ditangkap layar oleh netizen di laman Facebook, individu ini telah memuat naik perkongsian di dalam sebuah kumpulan Facebook bahawa dia telah membeli tiket filem Mat Kilau di TGV.

Individu ini menyatakan bahawa dia telah menempah tiket wayang melalui atas talian TGV Cinema. Dalam perkongsiannya, dia merasa pelik dan bersangka TGV Cinema Megamall ini berhantu.

image is not available
Sumber gambar: Twitter @JalanCutiSantai

Pada hari yang sepatutnya dia pergi menonton wayang tersebut, dia mendapati TGV di Kuantan tutup. Bila menyoal kepada orang yang jaga di tempat itu, rupanya TGV sudah lama tutup dan sekarang dalam proses pertukaran pemilik panggung wayang yang baru katanya.

‘Kesian, hantu juga yang dipersalahkan’ -netizen

Bila diteliti kembali gambar yang dikongsi individu tersebut, rupa-rupanya tiket wayang yang ditempah individu tersebut adalah di Kuching, Sarawak. Individu tersebut siap beli 4 tiket wayang untuk mereka pergi menonton Mat Kilau.

image is not available
Lelaki Di Kuantan Ini Hairan Pawagam Kosong, Rupanya Tersalah Beli Tiket Di Vivacity Megamall Kuching. Sumber gambar: Twitter @JalanCutiSantai

Menerusi ruangan komen, ada yang memberi penjelasan kepada individu tersebut dan mengatakan bahawa dia telah tersalah membeli tiket wayang di Vivacity Megamall Kuching, Sarawak dan bukannya di Megamall Kuantan.

Netizen turut memberitahu bahawa pawagam di Kuantan sudah lama tutup dan nama pusat beli belah di Kuantan ialah Berjaya Megamall dan bukannya Vivacity Megamall. Perkongsian di kumpulan Facebook tersebut sempat dipadam oleh pemilik tersebut, namun telah ditangkap layar oleh netizen.

Haa tula kena perhati bebetul sebelum nak proceed beli tiket wayang. Tak pasal-pasal hantu kena fitnahimage is not available

“Ini apa? Kenapa begitu banyak dokumen? Saya tidak mahu tengok. Saya penat. Kamu cari lain orang.” Lelaki ini enggan dilayan JPJ Kota Kinabalu atas alasan dokumen terlalu banyak. Baca di bawah: