Lelaki diberkas ketika larikan sekotak tepung gandum

25 Sep 2022 • 11:37 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

PASIR GUDANG, 25 SEPT: Seorang lelaki tempatan yang bertindak memecahkan cermin bahagian tempat duduk pemandu sebuah kereta dan melarikan sekotak tepung gandum dari kenderaan tersebut, berjaya diberkas di Taman Kota Masai di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata kejadian itu yang berlaku pada kira-kira 1.15 pagi, disedari oleh jiran mangsa menyebabkan lelaki berusia 31 tahun terbabit cuba melarikan diri.

Bagaimanapun, katanya mangsa yang juga lelaki tempatan berusia 30 tahun bersama jirannya itu telah mengejar individu tersebut dan berjaya memberkasnya di sekitar Jalan Pulasan di kawasan taman berkenaan.

“Mangsa kemudiaannya menghubungi dan menyerahkan lelaki terbabit kepada pihak polis bersama peralatan mencuri iaitu sebatang spanar boleh laras selain sekotak tepung gandum milik mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Sohaimi berkata lelaki itu kini direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) selama tiga hari bermula hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427/379 Kanun Keseksaan.

-BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved