Lelaki Dibun*h Rakan Angkara Cinta Tiga Segi, Mondy Tattoo Jadi Suspek?

30 Jun 2026 • 2:57 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Wanita Indonesia, Mondy Tattoo yang sebelum ini menjadi perhatian susulan kontroversinya dengan pendakwah Ebit Lew, dilaporkan dipanggil polis bagi membantu siasatan berhubung satu kes pembunuhan di Bekasi.

Mondy atau nama sebenarnya Dita Restu Amanda, 25, dibawa ke Balai Polis Cikarang Barat selepas dipercayai berada di lokasi kejadian ketika insiden itu berlaku.

Advertisement

mondy tattoo

Bagaimanapun, pihak polis menjelaskan bahawa Mondy bukan suspek dalam kes berkenaan, sebaliknya hanya dipanggil sebagai saksi untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan.

Menurut laporan, kejadian pada awal pagi Sabtu lalu mengorbankan seorang lelaki dikenali sebagai Faisal Anwar, 29, yang dipercayai ditikam oleh rakannya sendiri.

mondy tattoo

Hasil siasatan awal mendapati pembunuhan itu dipercayai berpunca daripada konflik cinta tiga segi yang membabitkan mangsa, suspek dan Mondy sehingga tercetus pertengkaran yang membawa kepada kejadian tersebut.

Polis memaklumkan mangsa mengalami beberapa kesan tikaman di bahagian dada dan perut sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Difahamkan, Mondy menjalinkan hubungan dengan suspek sejak 2024. Pada masa sama, mangsa juga dikatakan mempunyai hubungan rapat dengannya dan mereka dipercayai tinggal bersama di sebuah rumah sewa di Cikarang Barat.

Sementara itu, suspek utama dilaporkan telah menyerah diri kepada polis sehari selepas kejadian dan kini ditahan bagi membantu siasatan lanjut.

Pihak polis masih meneruskan siasatan dengan mengambil keterangan beberapa saksi lain bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Lelaki Dibun*h Rakan Angkara Cinta Tiga Segi, Mondy Tattoo Jadi Suspek?2026-06-30 12:02:36

"Keputusan Dah Ada Tapi Belum Sedia Diumumkan" - Peguam YB Syed Saddiq

The post Lelaki Dibun*h Rakan Angkara Cinta Tiga Segi, Mondy Tattoo Jadi Suspek? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved