
Kota Kinabalu: Seorang lelaki yang didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuannya berusia 13 tahun dan tujuh bulan, akan dibicarakan pada 7 – 8 Nov tahun ini.
Hakim Mahkamah Sesyen Dayang Ellyn Narisa Abang Ahamd menetapkan tarikh itu bagi lelaki tersebut, yang mengekalkan pengakuan tidak bersalahnya apabila kesnya dikemukakan untuk sebutan pada Jumaat.
Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan itu dengan meraba payudara anak perempuannya, memegang pehanya dan menyentuh kemaluannya pada jam 5 pagi 25 Jun 2021 di sebuah rumah di Putatan.
Kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Disebabkan hubungan antara lelaki itu dan mangsa, tertuduh akan berdepan hukuman tambahan mengikut Seksyen 16(1) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun, dan sekurang-kurangnya dua sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah memerintahkan supaya kenyataan saksi dikemukakan 14 hari sebelum tarikh perbicaraan.
Peguam Marcel Jude mewakili lelaki itu, yang diikat jamin.
Sementara itu, dua lelaki masing-masing dipenjara empat bulan dan dikenakan satu sebatan kerana memasuki negeri ini secara haram.
Jan Osman dan Alkap Husian mengaku secara berasingan kepada kesalahan memasuki negeri ini tanpa dokumen sah mereka.
Pendatang tanpa izin itu ditahan selepas gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri kepada polis di Kota Marudu dan Tanjung Aru, masing-masing pada 4 dan 11 Ogos tahun ini.
Semasa rayuan, mereka meminta dihantar pulang ke negara asal mereka secepat mungkin dan hukuman berjalan dari tarikh mereka ditangkap.
Mahkamah memerintahkan dua tertuduh itu menjalani hukuman penjara dari tarikh mereka ditangkap.
Selepas hukuman penjara mereka selesai, Jan dan Alkap diperintah rujuk ke Jabatan Imigresen untuk data biometriknya direkodkan sebelum dihantar pulang.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

