Lelaki didakwa guna MyKad individu lain beli petrol subsidi

LocalPolitics
20 May 2026 • 5:05 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Lelaki didakwa guna MyKad individu lain beli petrol subsidi

BALING, 20 MEI: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas 13 pertuduhan menggunakan nombor kad pengenalan orang lain untuk membeli petrol Budi MADANI RON95 (BUDI95) di daerah ini.

Azman Aziz, 53, didakwa berpura-pura sebagai orang lain telah menggunakan nombor kad pengenalan tiga individu lain, untuk membeli kuota petrol dengan harga subsidi di bawah skim Budi MADANI berjumlah 594.459 liter, sehingga menyebabkan pengadu mengalami kerugian kuota subsidi bulanan mereka.

Lelaki berasal dari Perak itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di stesen minyak BH Petrol Padang Lengkuas di dalam daerah Baling antara 18 Mac hingga 23 April lepas.

Bagi semua pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 416 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, atau dengan denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Nadia Jamal, manakala Azman diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Masniah Dolah.

Hakim Mahkamah Sesyen Rohaida Ishak yang bertindak sebagai Majistret, membenarkan lelaki itu diikat jamin RM15,000 dan menetapkan 8 Julai ini sebutan semula kes.

Sebelum ini, polis menahan seorang pekerja stesen minyak warga Bangladesh, bagi membantu siasatan kes kehilangan kuota petrol subsidi BUDI95 yang disyaki digunakan pihak lain di Kupang, Baling.

Ketua Polis Daerah Baling Supt Brandon Richard Joe berkata penahanan itu, susulan daripada laporan polis yang dibuat oleh seorang peniaga berusia 57 tahun dari Selangor, yang mendakwa kuota subsidi BUDI95 miliknya telah hilang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved