
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 48 tahun didakwa melakukan gangguan seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun.
Lai Hiap Lee mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus atas pertuduhan tersebut.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu dengan meraba payudara kanak-kanak terbabit pada petang 18 Mei tahun ini di sebuah premis di Jalan Kobusak Nosoob, Penampang.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Lai yang tidak mempunyai pekerjaan didakwa di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.
Mahkamah menetapkan 2 Julai untuk pengurusan kes praperbicaraan dan membenarkan Lai dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM5,000 dengan dua penjamin tempatan.
Mahkamah juga memerintahkan Lai melaporkan diri ke balai polis terdekat sebulan sekali dan pasportnya jika ada disimpan oleh mahkamah sehingga kes selesai.
Lai turut diingatkan supaya tidak mengganggu atau berkomunikasi dengan saksi pendakwaan jika tidak jaminannya boleh dibatalkan.
Timbalan Pendakwa Raya Sofiah Sawayan mewakili pihak pendakwaan manakala peguam Jagnesh Jaya membela Lai.


