
TAWAU: Seorang lelaki dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, pada Khamis atas dakwaan melupuskan bahan bukti berkaitan kes pembunuhan pemandu e-hailing yang menjadi antara kes tumpuan masyarakat sebelum ini.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Sadam Kiram, 30, ketika sebutan semula kes. Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin menetapkan 26 April depan sebagai tarikh pengurusan kes dan lantikan peguam serta tarikh perbicaraan pada 1 hingga 3 Oktober 2024.
Ketetapan tarikh itu diputuskan susulan permohonan pihak pendakwaan bagi menetapkan tarikh pengurusan dan perbicaraan kes.
Permohonan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Mohd Syahnidzam Ahmad yang turut memaklumkan kes akan dikendalikan Ibu Pejabat Putrajaya.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Sadam sebelum ini pertama kali dihadapkan di mahkamah sama pada 24 Ogos 2023 atas tuduhan melupuskan barang bukti iaitu gunting dan dompet milik Nurman Bakaratu, 61, di Jambatan Sg Kinabutan Besar, Jalan Apas di antara jam 7.30 hingga 11.30 Malam pada 13 Januari 2023.
Mayat lelaki itu ditemui di Jalan Anjur Juara, Batu 5 Jalan Apas. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Pada 25 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Tawau melepas dan membebaskan lapan tertuduh, termasuk bekas Ketua Staf Perisikan ESSCOM, Datuk Mat Zaki Md Zain daripada dakwaan bersubahat dan membunuh pemandu e-hailing itu.
Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Duncan Sikodol selepas mendengar keputusan pasukan pendakwaan diketuai TPR Khairul Azreem Mamat untuk tidak meneruskan pendakwaan ke atas semua tertuduh.
Perkara itu adalah susulan pengakuan mengejut saksi utama pendakwaan, Nurimah Juli, 35, yang mengaku menikam bekas suaminya (Nurman) dengan gunting. Nurimah merupakan saksi ke-23 dalam perbicaraan kes itu yang masuk hari ke-lapan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
