
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 36 tahun didakwa menyebabkan kecederaan ke atas isterinya menggunakan topi keledar.
Aarol Kurin mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin atas pertuduhan yang dihadapinya.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Dia dituduh memukul isterinya yang berusia 29 tahun menggunakan topi keledar jam 7.30 pagi, 13 Januari tahun ini, di sebuah rumah di Jalan Lembaga Air Kasigui, Penampang.
Kesalahan di bawah Seksyen 324/326A Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, atau denda, atau sebatan, atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Mahkamah menetapkan 24 Februari untuk pengurusan kes pra-perbicaraan dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan dua penjamin tempatan.
Aarol juga diberi amaran supaya tidak mengganggu atau berkomunikasi dengan saksi pendakwaan, terutama isterinya.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Dalam kes berasingan, seorang wanita berusia 21 tahun didenda RM1,200 atau penjara sebulan kerana memiliki aplikasi perjudian dalam talian di telefon bimbitnya.
Siti Zuriana mengaku bersalah memiliki aplikasi terbabit jam 4.20 petang, 30 September 2024, di sebuah premis di Beverly Hills, Plaza Bundusan, Penampang. Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); Inspektor Alia Nuurlysa Adnan mengendalikan pendakwaan.


