Lelaki didakwa rogol sepupu

23 Jul 2025 • 11:52 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Cynthia D Baga

Kota Kinabalu: Seorang lelaki berumur 19 tahun didakwa atas dua pertuduhan merogol sepupunya sejak dia berusia tujuh tahun.

Lelaki itu mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan, terhadap pertuduhan dihadapinya.

Bagi pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa merogol kanak-kanak perempuan itu yang berusia tujuh tahun dan sebulan ketika itu antara pukul 6 petang hingga 7 malam pada pertengahan 2019 di sebuah rumah di Tuaran.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa merogol kanak-kanak sama yang ketika itu berusia 12 tahun dan tiga bulan antara 6 pagi dan 7 pagi pada 10 Ogos, 2024 di sebuah rumah juga di Tuaran.

Perbuatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 27 Ogos untuk sebutan dan membenarkan ikat jamin sebanyak RM3,000 bersama dua penjamin tempatan yang mempunyai alamat tetap di

Kota Kinabalu atau Tuaran serta mempunyai pekerjaan tetap. Penjamin juga boleh menjadi individu sama bagi kedua-dua pertuduhan.

Lelaki itu turut diperintah melapor diri di Balai Polis Tuaran pada hari pertama setiap bulan sehingga kesnya selesai, menyerahkan pasport (jika ada) kepada mahkamah, dan tidak mengganggu, menghubungi atau cuba mempengaruhi mana-mana saksi pendakwaan terutama mangsa, sepanjang tempoh jaminan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis tidak menawarkan jaminan kerana pertuduhan itu adalah kesalahan tidak boleh dijamin.

Bryan memaklumkan mahkamah bahawa lelaki terbabit dan mangsa mempunyai pertalian sepupu sebelah bapa dan wujud risiko terhadap bakal saksi.

Bagaimanapun, sekiranya mahkamah membenarkan jaminan, Bryan mencadangkan jumlah jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan beberapa syarat tambahan ke atas lelaki terbabit.

Peguam bela memohon jaminan dengan alasan lelaki itu baru berusia 19 tahun dan hadir secara sukarela.

Peguam itu turut memaklumkan bahawa lelaki terbabit tidak mempunyai pekerjaan, tiada pendapatan tetap dan perlu menjaga kedua ibu bapanya yang mengalami masalah kesihatan.