Lelaki didakwa rosakkan kereta adik ipar, potong pintu jeriji rumah kenalan wanita

30 Jul 2026 • 3:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lelaki didakwa rosakkan kereta adik ipar, potong pintu jeriji rumah kenalan wanita
Seorang bapa kepada enam anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas dua pertuduhan melakukan khianat dengan memecahkan cermin kereta dan memotong pintu jeriji rumah dalam dua kejadian berasingan pada Mei lalu.
Image from: Lelaki didakwa rosakkan kereta adik ipar, potong pintu jeriji rumah kenalan wanita
Tertuduh tidak mengaku melakukan khianat pada Mei lalu. Foto: Sinar.
Image from: Lelaki didakwa rosakkan kereta adik ipar, potong pintu jeriji rumah kenalan wanita
Tertuduh tidak mengaku melakukan khianat pada Mei lalu. Foto: Sinar.

MELAKA - Seorang bapa kepada enam anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas dua pertuduhan melakukan khianat dengan memecahkan cermin kereta dan memotong pintu jeriji rumah dalam dua kejadian berasingan pada Mei lalu.

Tertuduh, Edward Xavier, 40, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan khianat dengan memecahkan cermin belakang dan cermin sisi kiri sebuah kereta milik seorang wanita berusia 31 tahun di tempat letak kereta sebuah pangsapuri di Semabok pada kira-kira jam 10.30 pagi, 17 Mei 2026.

**media[3599841]**

Perbuatan itu didakwa menyebabkan mangsa mengalami kerugian kira-kira RM890 dan pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Difahamkan, tertuduh bertindak demikian selepas tidak berpuas hati terhadap mangsa yang merupakan adik iparnya kerana membantu isterinya membuat laporan polis dengan mendakwa dia melarikan motosikal milik pasangannya.

Bagi pertuduhan kedua, Edward didakwa melakukan khianat dengan memotong pintu jeriji sebuah rumah di Pangsapuri Hilir Kota Champor, Jalan Melaka, Melaka Tengah pada kira-kira jam 5.40 petang, 18 Mei 2026.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 426 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Difahamkan, sebelum kejadian tertuduh datang ke rumah mangsa yang merupakan kenalan wanitanya dalam keadaan marah dan meminta mangsa membuka pintu rumah kerana tidak berpuas hati wanita itu menjalinkan hubungan dengan lelaki lain.

**media[3599844]**

Tertuduh dikatakan bertindak memecahkan pintu jeriji rumah menggunakan sebilah parang yang dibawanya.

Timbalan Pendakwa Raya, S. Thivia mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan.

Bagaimanapun, peguam Muhammad Izzuddin Ab. Malek yang mewakili tertuduh memohon jaminan lebih rendah dengan alasan anak guamnya hanya bekerja secara kontrak dengan pendapatan sekitar RM2,000 sebulan.

Beliau berkata, jumlah jaminan yang munasabah memadai untuk memastikan kehadiran tertuduh sepanjang prosiding mahkamah.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved