Lelaki didakwa sentuh alat sulit adik ipar

LocalPolitics
12 Dec 2024 • 2:56 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Cynthia D Baga

Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 31 tahun didakwa menyentuh alat sulit adik iparnya.

Lelaki itu mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan, terhadap pertuduhan dihadapinya pada Rabu.

AdvertisementLelaki itu didakwa melakukan gangguan seksual fizikal terhadap remaja perempuan berusia 14 tahun itu antara April hingga Mei 2023 di sebuah rumah di sebuah kampung di Ranau.

Kesalahan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more Mahkamah menetapkan 21 Jan, 2025 untuk pengurusan kes praperbicaraan dan membebaskan lelaki itu dengan ikat jamin sebanyak RM6,000 serta dua penjamin tempatan.

Lelaki itu juga diperintah melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan diberi amaran supaya tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shafeerah Mad Iskim meminta tarikh sebutan baharu dan tiada jaminan ditawarkan kepada lelaki itu.

Tetapi, Shafeerah berkata sekiranya mahkamah memberikan jaminan, beliau mencadangkan RM10,000 dengan beberapa syarat tambahan dikenakan.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Lelaki itu, yang tidak diwakili, memohon jumlah jaminan dikurangkan memandangkan dia perlu menjaga isteri, tiga anak kecil dan tiga adik beradik yang masih bersekolah untuk dijaga.