Lelaki didenda RM2,500 atas kesalahan cuba lakukan pemerasan

17 Jul 2026 • 12:56 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Lelaki didenda RM2,500 atas kesalahan cuba lakukan pemerasan

KLANG, 17 JULAI: Seorang lelaki yang sebelum ini pernah dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan bersubahat membunuh, didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan cuba melakukan pemerasan, Mei lalu.

Majistret Nor Azilah Mat turut memerintahkan tertuduh, Mok Kum Loon, 41, menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda berkenaan selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Mok didakwa sengaja mendatangkan ketakutan terhadap seorang wanita berusia 25 tahun bahawa kecederaan akan berlaku kepadanya dengan niat hendak melakukan pemerasan di sebuah kedai makan di daerah Klang, pada 15 Mei lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau sebat atau mana-mana daripada hukuman tersebut, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Sulfie Abu Hassan memohon mahkamah mengenakan hukuman berbentuk pengajaran kepada tertuduh.

Bagaimanapun, peguam T Lavin yang mewakili tertuduh memohon hukuman denda minimum atas alasan anak guamnya perlu menanggung keluarga serta berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sama.

Sebelum ini, Mok bersama tiga individu lain dilepas dan dibebaskan daripada dakwaan bersubahat membunuh seorang lelaki dalam kejadian rompakan palsu di Taman Anika Baru, Sungai Udang di sini, empat tahun lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved