Lelaki didenda RM200 gagal bayar kompaun parkir MPKL

19 Jan 2023 • 8:46 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tertuduh yang tidak diwakili peguam turut mempunyai tunggakan kesalahan sebanyak 16 notis sejak tahun 2010 sehingga 2022.

KUALA LANGAT - Seorang lelaki berusia 50-an didenda RM200 atau lima hari penjara oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis, kerana gagal membayar kompaun parkir Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL).

Dia dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Khairul Farhi Yusob.

Mengikut pertuduhan, dia yang dikenakan waran tangkap, didapati bersalah mengikut Perenggan 8, Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) 2007.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam turut mempunyai tunggakan kesalahan sebanyak 16 notis sejak tahun 2010 sehingga 2022.

Pendakwaan dalam kes ini dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa MPKL, Hasrizal Abdul Rahim dan Ahmad Razali Abdul Manaf.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved