Lelaki Didenda RM4,000 Kerana Menyamar Raja Muda Perak

22 Aug 2022 • 2:55 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

ALOR SETAR, 22 Ogos (Bernama) — Seorang lelaki didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyamar sebagai Raja Muda Perak pada Jun lepas.

Mahkamah juga memerintahkan tertuduh, 39, yang bekerja kampung itu menjalani hukuman penjara selama tempoh 10 bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut kertas pertuduhan, dia dituduh memperdaya Muhammad Faizal Azli Md Salleh yang bertugas di Pejabat Tuanku Sultan Kedah dengan menyamar supaya mempercayai bahawa tertuduh adalah Raja Muda Perak untuk dibenarkan berjumpa dengan Sultan Kedah.

Tertuduh yang membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Muhammad Zulhilmi Latif didakwa melakukan kesalahan itu di kaunter Pejabat Tuanku Sultan Kedah di Wisma Darul Aman di sini, pada kira-kira 11.30 pagi, pada 28 Jun lepas.

Tertuduh dituduh mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, semasa Muhammad Faizal Azli sedang bertugas, tertuduh hadir memperkenalkan diri dengan menggunakan satu kad pengenalan berwarna kuning dan ketika kad itu diperiksa mendapati butiran yang tertera adalah di bawah nama ‘Duli Yang Maha Mulia Raja Muda Perak Tuanku Tun Mamat Fadhil Duke Of Royal Malaysia’.

Kemudian selepas semakan dibuat dengan Ketua Protokol dan Istiadat Negeri Perak mengesahkan bahawa tiada kerabat diraja bernama sedemikian.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Asmaa’ Zamri manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Muhammad Syafiq Ahmad.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved