
KINABATANGAN: Seorang lelaki berusia 30 tahun dikhuatiri diserang buaya di Kampung Sri Ganda dekat sini, pada Ahad.
Mangsa dikenal pasti sebagai Jisman, 30, dilaporkan hilang oleh anaknya ketika mereka sedang membersihkan bot mereka di sepanjang tebing sungai di Kampung Sri Ganda.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Kinabatangan bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 100 kilometer dari balai selepas menerima laporan.
Ketua balai, Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa giat dijalankan dengan bantuan penduduk setempat.
SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Kota Kinabalu: Sabah Deepwater Production Manager at Sabah Shell Petroleum Company Limited (SSPC), Musti Juin from Kuala Penyu was recently awarded the 2024 PETRONAS Malaysia Upstream Unsung Hero Award in recognition for his strategic leadership and exceptional Health, Safety, Security and Environment (HSSE) performance. Read more Sehingga jam 5 petang Isnin, mangsa masih belum ditemui.




