Lelaki Dikhuatiri Lemas Kereta Terjunam Dalam Sungai

15 Jul 2025 • 8:45 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Lelaki Dikhuatiri Lemas Kereta Terjunam Dalam Sungai

MUAR, 15 Julai (Bernama) — Seorang lelaki berusia lingkungan 40-an dikhuatiri lemas selepas kereta dipandunya terjunam ke dalam Sungai Kampung Tui di Jalan Bukit Kepong, berhampiran Jambatan Kampung Kecil, Pagoh, petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pagoh Pegawai Bomba Kanan I Nor Alfatah Omar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.22 petang.

Beliau berkata tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pagoh serta Muar digegaskan ke lokasi bersama sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

“Sebaik tiba di lokasi pada 3.51 petang, pasukan keluaran operasi (PKO) mendapati sebuah kereta jenis Perodua Axia telah terjunam ke dalam sungai sedalam kira-kira dua meter.

“Berdasarkan maklumat awal daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), kemalangan mungkin berlaku semalam dan terdapat mangsa iaitu lelaki hilang yang dipercayai pemandu kenderaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nor Alfatah berkata operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang dijalankan.

Sumber: Bernama