Lelaki dikhuatiri lemas terjatuh di air terjun Lata Tembakah

22 Dec 2022 • 9:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

JERTIH - Seorang pekerja penyelenggaraan dan pembersihan dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari tingkat lima air terjun Hutan Lipur Lata Tembakah di Hulu Besut dekat sini, petang Khamis.

Mangsa, Abdul Wahab Mat Sulaiman, 25, dilaporkan terjatuh ketika sedang melakukan kerja membaiki saluran paip bersama adiknya, Abdul Wahud, 19, di lokasi terbabit.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, insiden itu berlaku pada kira-kira jam 2 petang sebelum polis menerima laporan kejadian pada jam 4.30 petang.

"Mangsa merupakan pekerja sebuah syarikat kontraktor di hutan lipur itu dan naik ke kawasan air terjun tersebut untuk membaiki saluran paip (air tandak) yang rosak dipercayai akibat arus sungai yang deras ketika banjir baru-baru ini.

"Bagaimanapun, ketika melakukan kerja pembaikan itu mangsa tergelincir lalu jatuh ke bahagian bawah air terjun,” katanya ketika dihubungi.

Abdul Rozak berkata, susulan kejadian itu operasi mencari dan menyelamat mangsa dilancarkan membabitkan polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Jertih. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved