Pada 28 November 2009, Larry Ely Murillo-Moncada, pekerja di pasar raya No Frills di Council Bluffs, Iowa, dilaporkan hilang oleh ibu bapanya.
Larry yang ketika itu berusia 25 tahun, melarikan diri dari rumah dalam keadaan tidak berkasut dan mengalami halusinasi.
Ibu Larry, Ana Moncada berkata, anaknya kelihatan keliru dan mendengar suara-suara yang menyuruhnya makan gula kerana dia merasakan degupan jantungnya terlalu kuat.

Pihak berkuasa cuba mencari Larry, tetapi tidak menemui sebarang petunjuk. Pada hari Larry dilaporkan hilang, Larry tidak bekerja dan polis tidak memeriksa tempat kerjanya dengan teliti.
Penemuan yang mengejutkan

Sepuluh tahun kemudian, 24 Januari 2019, ketika pekerja sedang membongkar rak dan peti sejuk di pasar raya yang telah ditutup, mereka menemui mayat di belakang peti sejuk yang dikenalpasti sebagai Larry Ely Murillo-Moncada melalui pemeriksaan post-mortem.
Larry dipercayai telah terjatuh ke dalam ruang sempit yang berukuran kira-kira 18 inci (45 cm) di antara peti sejuk dan dinding di pasar raya tersebut. Bunyi bising dari peti sejuk mungkin telah menghalang jeritannya daripada didengari oleh orang lain.
Sepanjang tempoh ‘kehilangannya’ itu, ada beberapa pelanggan yang mengadu tentang bau busuk di pasar raya tersebut. Tetapi bau itu tidak dapat dijelaskan dan tidak dikaitkan dengan kehilangan Larry pada ketika itu.
Tular semula di media sosial
Ibu Larry, Ana Moncada, telah lama mengesyaki anaknya mungkin berada di pasar raya tempat dia bekerja, tetapi tidak dapat mengesahkan hal itu sehingga mayatnya ditemui. Larry sebelum itu juga mengalami masalah kesihatan mental yang menyebabkan halusinasi. Pada malam kehilangannya, Larry dipercayai berada dalam keadaan keliru dan mendengar suara halus. – Agensi The post Lelaki dilaporkan hilang 10 tahun lalu, ditemui mati di belakang peti sejuk pasar raya appeared first on The Reporter.

