Lelaki Dilaporkan Hilang, Ditemui Meninggal Dunia Di Puncak Air Terjun Baling

15 Aug 2025 • 10:32 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang lelaki dilaporkan hilang telah ditemukan meninggal dunia di dalam hutan air terjun di Kampung Teluk Sanau, Baling.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil memberitahu, bantuan mencari dan menyelamat dibuat selepas menerima panggilan daripada pihak polis berhubung laporan mangsa lemas di hutan air terjun itu sekitar jam 2.34 pagi.

Meninggal dunia di puncak air terjun Baling

image is not available

Beliau berkata, bantuan mengangkat mayat mangsa dibuat sejurus sepasukan anggota BBP Baling tiba di lokasi pada ketinggian lebih 9 meter.

“Pasukan Bomba terpaksa mendaki dan menyelusuri denai sejauh tiga kilometer (km) untuk sampai ke puncak dan didapati mangsa tidak sedarkan diri.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut menyertai operasi itu di lokasi,” kata Zulkhairi, hari ini.

Bekongsi lanjut, Zulhairi menjelaskan pihak bomba menggunakan pengusung dan sistem tali dalam proses membawa mangsa turun.

Terdapat juga beberapa kesukaran yang dihadapi dalam misi mengeluarkan mangsa memandangkan lokasi kejadian begitu curam, permukaan batu yang licin dan struktur muka bumi yang tidak sekata ditambah hujan renyai serta gelap.

image is not available

Foto: Astro Awani

“Bomba mengambil masa hampir dua jam malah turut dibantu polis dan KKM serta orang awam untuk membawa mangsa ke bawah.

“Mangsa yang berusia sekitar 40-an itu diserahkan sepenuhnya kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 6.23 pagi tadi dan tiada rekod pengenalan diri mangsa ditemui di lokasi,” kongsinya.

Hasil siasatan, mangsa dikatakan masuk ke hutan bagi mencari petai dan sayuran kampung.

Namun, mangsa dilaporkan hilang setelah adiknya gagal menghubungi sejak petang semalan dan meminta bantuan orang kampung melakukan pencarian.

Difahamkan, mangsa ditemui di puncak air terjun tersebut pada awal pagi ini dan memohon bantuan polis dan bomba untuk membawa turun mangsa.

Sumber: Berita Harian (Zuliaty Zulkiffli)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved