
Lelaki Dipercayai Bintang Hollywood, Jason Statham Dirakam Pasang Bendera Palestin Di Kereta
Beberapa minggu kebelakangan ini, dunia digemparkan dengan pergolakan yang melanda di Timur Barat.
Sehubungan itu, ramai penduduk dunia mula menyatakan sokongan dan solidariti mereka terhadap kejadian itu.
Tidak ketinggalan para selebriti dan pempengaruh media sosial juga lantang menyuarakan pendapat mereka berkenaan isu tersebut.
Antara selebriti tanah air yang lantang adalah seperti, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Neelofa, Faizal Tahir dan ramai lagi.
Terbaru, sebuah video yang memaparkan seorang lelaki dipercayai sebagai bintang Hollywood iaitu Jason Statham dilihat memasang bendera Palestin di kereta miliknya telah tular di media sosial.
Perkongsian tersebut telah dibuat oleh Breaking News di laman X milik mereka.
Berdasarkan video perkongsian tersebut, lelaki yang dipercayai Jason Statham itu dilihat sedang memasang bendera Palestin di bonet kereta miliknya.

Lelaki itu dilihat sedang memasang bendera tersebut di sebuah kawasan parkir kenderaan.
Lelaki yang berpakaian serba hitam itu kelihatan sangat santai ketika sedang memasang bendera tersebut.
Selain itu, lelaki tersebut juga dilihat memasang mafela Palestin di cermin sisi kereta berwarna hitam tersebut.
Selesai memasang bendera dan mafela tersebut, lelaki itu dilihat berlalu pergi meninggalkan kawasan parkir berkenaan.

Di mana dan bila kejadian itu berlaku masih tidak dapat dikenal pasti, namun apa yang pasti ia berlaku di negara Amerika Syarikat ekoran bendera negara itu dilihat dipasang di sebuah tiang.
Bintang popular Hollywood
Kesahihan sama ada lelaki itu benar-benar pelakon yang membintangi filem popular Meg juga tidak dapat dikenal pasti.
Bagaimanapun, ramai yang berpendapat bahawa lelaki itu adalah Jason Statham, bintang Hollywood yang terkenal.
Perkongsian video itu telah mendapat perhatian ramai dan mereka dilihat mula meninggalkan komen mereka.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Sangat menghormati beliau,” tulis seorang pengguna laman X.
“Orang yang hebat akan membantu mereka yang lemah,” tulis seorang lagi pengguna.
Beberapa pengguna juga menulis komen mereka bahawa lelaki itu bukan Jason yang sebenar.
“Bukan, ia bukan Jason,” tulis seorang pengguna.
“Itu bukan Jason,” tulis seorang pengguna lagi menafikan bahawa lelaki itu adalah Jason Statham.
BREAKING NEWS |
Jason Statham, the Hollywood actor, proudly displays the Palestinian flag on his car.#JasonStatham | #Hollywood | #Palestine | #FreePalestine | #Car pic.twitter.com/UPnOP65QR3— Breaking News (@PlanetReportHQ) October 24, 2023
Sumber: X/@PlanetReportHQ
The post Lelaki Dipercayai Bintang Hollywood, Jason Statham Dirakam Pasang Bendera Palestin Di Kereta appeared first on Siakap Keli.
