Lelaki Disambar Petir Ketika Main Bola Sepak Selepas Hujan

13 Feb 2024 • 12:28 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang lelaki yang merupakan pemain bola sepak dari Subang, Indonesia meninggal dunia selepas disambar petir ketika perlawanan di Stadium Siliwangi, Bandung, Jawa Barat pada 10 Februari lalu.

Memetik laporan PRFMnews, Septian Raharja disambar petir sewaktu perlawanan persahabatan antara pasukannya FBI Subang dab 2FLO FC Bandung.

image is not available

Dalam pada itu, kejadian tersebut sempat dirakam dan dimuat naik ke media sosial yang memaparkan Septian sedang berjalan di atas padang sebelum muncul cahaya petir dari arah belakang.

Setelah rakan sepasukan menyedari lelaki berusia 35 tahun itu tidak sedarkan diri, mereka kemudian segera meluru bagi melihat keadaan mangsa.

Lelaki Disambar Petir Ketika Main Bola Sepak

Menurut saksi pada perlawanan itu, Septian masih hidup selepas disambar petir sebelum dikejarkan ke Hospital Saringsih namun mangsa gagal untuk diselamatkan.

Dalam pada itu, ada juga saksi yang mengatakan mereka tidak menyangka perkara itu akan berlaku kerana hujan telah berhenti ketika mereka memulakan semula perlawanan.

image is not available

“Tidak hujan, tidak panas. Kami berhenti bermain ketika hujan lebat dan selepas hujan walaupun tiada kilat. Sedangkan ini tidak hujan,” kata saksi berkenaan.

Sumber: PRFMnews, Instagram FBI Subang