Lelaki diserang buaya ketika menangkap ikan

13 May 2024 • 9:04 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki dipercayai dibaham buaya ketika menangkap ikan bersama empat rakannya di tebing Sungai Semeruang, Bangkong Asal, Sarawak, semalam.

Jurucakap Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 7.30 malam dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) hanya dimulakan 8 pagi ini.

Ini kerana, katanya, SAR tidak dapat dijalankan malam tadi disebabkan keadaan sudah gelap dan malam.

“Mangsa dikenali sebagai Lawrence Adi Raynold, 32, dan dipercayai disambar buaya sekitar jam 5 petang semalam.

“Ketika itu, mangsa bersama tiga rakannya sedang menjalankan aktiviti menangkap ikan di tebing sungai itu,’’ katanya dalam kenyataan.

Jelasnya, lokasi kejadian difahamkan mengambil masa 40 minit perjalanan dari dari rumah panjang mangsa. - 13 Mei, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved