Lelaki disyaki cuba mencuri di pencawang TNB terkena renjatan elektrik

LocalPolitics
30 Apr 2026 • 9:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Suspek ditemukan dalam keadaan terbaring di dalam pencawang akibat terkena renjatan arus elektrik yang kuat. Foto PDRM

SUNGAI PETANI - Seorang lelaki yang disyaki cuba mencuri di sebuah pencawang milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) cedera dipercayai terkena renjatan arus perdana yang kuat di Taman Ria Jaya dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pada 27 April lepas, anggota di pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda menerima panggilan daripada juruteknik TNB pada 2.08 petang memaklumkan berlaku kes kecurian di pencawang itu.

"Anggota unit rondaan bermotosikal ditugaskan ke lokasi... suspek ditemukan dalam keadaan terbaring di dalam pencawang akibat terkena renjatan arus elektrik yang kuat… suspek berusia 30-an itu kemudian ditahan dan dirawat kerana mengalami kecederaan parah… isi tangannya terbakar," menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata, bagaimanapun, tiada kamera pengawasan di kawasan itu selain tiada saksi yang melihat kejadian tersebut.

"Siasatan awal mendapati lelaki yang tidak bekerja itu mempunyai dua rekod kesalahan lampau di bawah Seksyen 379 dan 324 Kanun Keseksaan," katanya.

Hanyan berkata, suspek yang masih dirawat di hospital direman selama tiga hari, dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. - Bernama

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved