Lelaki Disyaki Kasari Isteri Hingga Keguguran Tiba Di Mahkamah Untuk Proses Reman

29 Apr 2026 • 9:24 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Lelaki yang didakwa memukul isteri hingga parah, tiba di Kompleks Mahkamah Sungai Petani pada Rabu untuk proses reman.

Tiba dengan berpakaian lokap

Memetik laporan daripada Sinar Harian, lelaki berusia 43 tahun itu tiba pada jam 8.30 pagi dengan berpakaian lokap diiringi anggota polis menaiki kenderaan jenis Proton Saga.

image is not available

Berjaya diberkas di Alor Setar

Difahamkan, lelaki terbabit telah berjaya ditahan polis bagi membantu siasatan kerana disyaki memukul isterinya sehingga menyebabkan keguguran di Ambangan Height, Khamis lalu.

image is not available

Media sebelum ini melaporkan, seorang wanita cedera di beberapa bahagian badan dipercayai dipukul suaminya sehingga menyebabkan mangsa yang hamil 12 minggu turut mengalami keguguran.

Sumber: Sinar Harian (Siti Zubaidah Zakaraya)

The post Lelaki Disyaki Kasari Isteri Hingga Keguguran Tiba Di Mahkamah Untuk Proses Reman appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved