
LAHAD DATU: Polis menahan seorang lelaki disyaki pengedar dadah dan merampas 50.73 gram bahan dipercayai syabu dalam satu operasi Op Tapis di Kampung Pasusul, Felda Sahabat 18, di sini pada Sabtu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Superintendan Jimmy Panyau berkata dadah itu ditemui di dalam bekas ais krim di salah sebuah bilik dalam rumah terbabit.
Lelaki warga Filipina berusia 46 tahun itu turut disahkan positif mengambil dadah jenis amfetamina dan metamfetamina.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Susulan operasi itu, pasukan polis turut merampas beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk kegiatan penyalahgunaan dadah.
“Dua kenderaan, sebuah motosikal dan sebuah pacuan empat roda (4WD) turut disita dalam operasi itu.
“Suspek kini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
Menurut Jimmy, polis sedang giat mengesan rangkaian sindiket serta modus operandi yang mempunyai kaitan dengan suspek.
Polis turut menyeru orang awam agar terus menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi membanteras aktiviti dadah demi keselamatan komuniti.


