Lelaki disyaki rogol budak 8 tahun ditahan 

23 Oct 2022 • 2:17 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SEMPORNA: Polis menahan seorang lelaki tempatan berumur 40 tahun kerana disyaki merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun di sini, pada Khamis malam lalu.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, lelaki itu ditahan di sebuah rumah tidak bernombor di sebuah kampung di daerah ini pada jam 2.30 pagi Jumaat oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah IPD Semporna.

Menurutnya, tangkapan itu dilakukan susulan laporan polis dibuat ibu saudara mangsa pada Khamis.

“Mangsa bukan warganegara itu dipercayai dibawa seorang lelaki menaiki kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dari Pekan Semporna ke lokasi tidak diketahui kira-kira jam 8.30 malam.

“Kemudian, pada hari sama sekitar jam 9.30 malam, mangsa ditemui oleh rakannya dalam keadaan lemah di belakang sebuah pasaraya di sini,” katanya dalam satu kenyataan media pada Sabtu.

Mohd Farhan berkata, mangsa memaklumkan bahawa dia dirogol oleh suspek yang kemudian menghantarnya ke lokasi tersebut (belakang pasaraya).

Mangsa dihantar ke Hospital Semporna sebelum dirujuk ke Hospital Tawau untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Mohd Farhan berkata, suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula Jumaat untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 376 (2) (e) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang 10 tahun atau tidak lebih 30 tahun dan disebat, jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, beliau meminta kerjasama orang awam atau saksi agar tampil membantu siasatan, dan sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat kes, Inspektor Adham Ramli pada talian 011-10145004 atau balai polis berdekatan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.