Lelaki disyaki rogol rakan sekerja direman

15 Aug 2022 • 11:10 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kenyataan media berhubung kejadian terbabit. Gambar kecl : Ahmad Shukri

ALOR SETAR - Seorang lelaki disyaki merogol rakan sekerjanya di dalam sebuah tandas di sebuah restoran terkenal di bandar raya ini bulan lepas kini direman di penjara sehingga menunggu tarikh perbicaraan akan datang. Lelaki berusia 21 tahun itu ditahan selepas laporan polis dibuat ibu mangsa yang juga wanita orang kurang upaya (OKU) berusia 22 tahun di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada 1 Ogos lepas. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, seorang lelaki tempatan ditahan di sekitar bandaraya Alor Setar selepas laporan dibuat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol. "Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku tanpa kerelaan dan mangsa telah dipaksa dengan ditarik ke dalam tandas lelaki di restoran berkenaan. "Mangas kemudiannya dirogol dan dipaksa melakukan hubungan luar tabii," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. Beliau memaklumkan, suspek telah dituduh di Mahkamah Sesyen Alor Setar pada Ahad dan kini ditahan reman sehingga tarikh perbicaraan akan datang. Ahmad Shukri berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol dan jika didapati bersalah boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun dan sebatan. Dalam perkembangan sama, beliau meminta orang ramai agar bersama dengan polis dalam membanteras kegiatan jenayah dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah khususnya jenayah seksual melibatkan mangsa wanita dan kanak-kanak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved