
Lelaki 34 Tahun Disyaki Terjun dari Jambatan
Lelaki Disyaki Terjatuh Di Sungai Maong, Operasi Mencari Dilancarkan. Satu operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dilancarkan selepas seorang lelaki dipercayai terjatuh dari Jambatan Sungai Maong di Kampung Gita Lama, pagi tadi.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak, pihak mereka menerima laporan mengenai insiden tersebut pada jam 8.52 pagi.

Sumber dari Bomba menyatakan bahawa anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya telah segera dikerahkan ke lokasi kejadian dan tiba di sana pada jam 8.53 pagi.
“Komander Operasi melaporkan bahawa mangsa, seorang lelaki berusia 34 tahun, disyaki telah terjun dari Jambatan Sungai Maong di Kampung Gita Lama. Operasi SAR kini sedang giat dijalankan untuk mencari mangsa,” kata jurucakap tersebut dalam satu kenyataan.



