Lelaki ditahan bakar khemah bilik gerakan parti politik

13 Nov 2022 • 10:15 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang lelaki ditahan dipercayai terbabit dalam kes khianat membakar khemah bilik gerakan sebuah parti politik di Batu Pahat, pada Sabtu. - Gambar hiasan

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki ditahan dipercayai terbabit dalam kes khianat membakar khemah bilik gerakan sebuah parti politik di Batu Pahat, pada Sabtu.

Jurucakap Media Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Superintendan Ibrahim Mat Som berkata, suspek tempatan berusia 28 tahun itu ditahan selepas polis menerima laporan tentang kejadian itu pada jam 10.37 malam Sabtu.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat menerima satu laporan polis berkaitan kejadian khianat dengan membakar khemah di Bilik Gerakan MIC di Taman Mutiara, Batu Pahat.

"Tindakan pantas polis berjaya menahan suspek di kawasan berkenaan dan suspek disyaki dalam keadaan mabuk ketika ditangkap," katanya dalam kenyataan media di sini pada Ahad.

Beliau berkata, permohonan reman terhadapnya akan dibuat pada Ahad dan kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan.

Pada masa sama katanya, polis menasihatkan orang ramai supaya bersikap secara rasional dan tidak melakukan sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved