Lelaki ditahan bantu siasatan gaduh bersenjata

1 Oct 2023 • 8:58 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki berusia 24 tahun bagi membantu siasatan insiden pergaduhan bersenjata di sebuah premis di Skudai, di sini Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP M. H. Balveer Singh berkata siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira 8.10 malam dan polis turut merampas senjata yang dipercayai digunakan semasa kejadian daripada lelaki itu.

“Dipercayai punca kejadian akibat perselisihan faham antara mangsa dengan suspek.

“Laporan polis diterima pada 8.39 malam (28 Sept) dan lelaki itu kini direman empat hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata mangsa yang cedera di bahagian perut, kepala, kaki dan tangan kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah, di sini. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved