Lelaki ditahan bantu siasatan hantaran hina institusi diraja

LocalPolitics
20 Jul 2026 • 7:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lelaki ditahan bantu siasatan hantaran hina institusi diraja
Alzafny

SEREMBAN - Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung hantaran di media sosial yang mengandungi kenyataan berunsur penghinaan serta menyentuh sensitiviti institusi diraja Negeri Sembilan.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, lelaki berusia 52 tahun itu ditahan kira-kira jam 1 tengah hari dalam operasi bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini.

"Polis turut merampas sebuah telefon bimbit milik suspek bagi membantu siasatan.

"Suspek akan dibawa ke Mahkamah Seremban esok untuk permohonan reman," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, siasatan dijalankan susulan laporan polis diterima IPD Seremban pada 19 Julai lalu berhubung satu hantaran yang dimuat naik menerusi aplikasi Threads dan dipercayai mengandungi kenyataan berunsur penghinaan serta menyentuh sensitiviti institusi diraja Negeri Sembilan.

Tambahnya, hasil siasatan awal mendapati, hantaran itu dimuat naik pada 17 Julai, manakala pengadu hanya menyedarinya pada 18 Julai ketika berada di sebuah restoran di Senawang sebelum tampil membuat laporan polis.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948, Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.

Sehubungan itu, Alzafny menasihatkan orang ramai supaya menggunakan media sosial secara berhemah serta tidak mengeluarkan, memuat naik atau menyebarkan kenyataan yang menyentuh sensitiviti agama, kaum dan institusi diraja (3R) sehingga boleh menjejaskan ketenteraman awam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved