Lelaki ditahan bantu siasatan kes ugut 'angkat parang'

LocalPolitics
5 Mar 2025 • 12:32 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tangkap layar video tular yang memaparkan kekecohan berlaku ketika MATC PKR Kuala Selangor pada Sabtu lalu.

KUALA SELANGOR – Seorang lelaki telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kekecohan termasuk dakwaan ugutan jenayah ketika Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kuala Selangor pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Kuala Selangor, Superintendan Azharudin Tajudin berkata, suspek berusia 45 tahun itu ditangkap kira-kira 4.15 petang pada Isnin di sekitar daerah ini.

“Lelaki tersebut ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Siasatan masih dijalankan sama ada suspek terlibat dengan kongsi gelap atau sebaliknya,” katanya pada Selasa.

Sebelum ini, tular beberapa klip video di media sosial memaparkan insiden kekecohan seorang wanita yang mendakwa menerima ugutan jenayah 'angkat parang' daripada salah seorang lelaki ketika MATC pada 1 Mac lalu.

Bagaimanapun, Ketua Cabang PKR Kuala Selangor, Thiban Subbramaniam menafikan dakwaan terbabit.

Sebaliknya, beliau mendakwa kejadian itu hanya 'drama politik' yang sengaja dimainkan oleh wanita terbabit yang juga pemimpin pemuda parti untuk meraih sokongan anggota dalam pemilihan perwakilan baharu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved