Lelaki ditahan beli barangan kemas guna kad bank pesara

10 Jan 2023 • 11:05 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki warga Filipina kerana disyaki menipu dengan menggunakan kad bank seorang pesara untuk membeli pelbagai barangan kemas di platform pembelian dalam talian.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata suspek berumur 37 tahun itu, yang juga penjaga kepada pesara yang mempunyai masalah kesihatan, mengaku membuat 19 transaksi bagi pembelian gelang tangan emas, ‘gold bar’ dan rantai emas ditahan di Persiaran Zaaba, Taman Tun Dr Ismail dekat sini, Selasa lepas.

Beliau berkata warga emas berusia 85 tahun itu menyedari telah ditipu suspek setelah membuat semakan terperinci terhadap penyata bank akaun miliknya di cawangan bank tempatan di Taman Tun Dr Ismail pada 20 Dis lepas.

“Mangsa mendapati terdapat penolakan wang mulai September hingga Disember 2022 bagi tujuan jualan secara debit yang dianggarkan berjumlah RM47,940.61,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Amihizam berkata suspek telah menjual barangan terbabit di sekitar ibu negara dan wang hasil jualan telah dibelanjakan untuk kegunaan peribadinya.

“Suspek telah ditahan reman selama tujuh hari bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved