Lelaki ditahan cuba masuk rumah sepupu dengan parang

LocalPolitics
7 Dec 2025 • 11:01 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

RANAU: Seorang lelaki tempatan ditangkap selepas cuba memasuki sebuah rumah secara paksa pada Jumaat.

Dalam kejadian lebih kurang jam 10 pagi, Khamis lalu itu suspek berusia 39 tahun berkenaan cuba masuk ke dalam rumah seorang wanita yang juga sepupunya di Kampung Lipoi Ranau.

Bagaimanapun mangsa yang ketakutan bersembunyi di biliknya terletak di tingkat atas rumah selepas melihat suspek membawa sebilah parang dan membuat bising di kaki lima sambil meminta pengadu keluar dari bilik.

Mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Ranau pada hari berikutnya.

Sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ranau telah menangkap suspek yang didapati mempunyai dua rekod lampau.

Polis juga merampas sebilah parang sepanjang lebih kurang 40cm disyaki digunakan oleh suspek.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan suspek direman selamat empat hari bermula Sabtu.