Seorang lelaki di China menjadi individu pertama di dunia ditahan kerana menyebarkan berita palsu yang dijana menggunakan ChatGPT pada 25 April lalu. Lelaki tersebut ditahan di Shenzen kerana menyebarkan berita palsu sebuah kereta api tergelincir di daerah Gansu dan mengorbankan 9 orang mangsa. Berita kemudiannya dimuat naik menggunakan 21 akaun di Baidu dengan ia dibaca lebih lima belas ribu kali sebelum dipadam.

Pihak berkuasa berjaya menjejak status dimuat naik dari Shenzen. Walaupun ChatGPT dihalang daripada diakses di China, terdapat cara untuk memintas halangan ini menggunakan VPN. RUU yang menghalang penyebaran berita palsu dalam bentuk artikel atau gambar menggunakan kecerdasan buatan baru sahaja diluluskan pada Januari tahun ini. Jika sabit kesalahan lelaki ini boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun.

