Lelaki ditahan jerut leher isteri hingga pengsan

5 Oct 2023 • 3:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan - Foto 123RF

MUAR - Seorang lelaki dipercayai cuba membunuh isterinya dengan menjerut leher dengan tali dan menutup mulutnya sehingga tidak sedarkan diri dalam kejadian di Jalan Kim Kee di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, kejadian pada jam 12.30 tengah malam itu berlaku dipercayai akibat selisih faham.

"Suspek telah melarikan diri apabila mangsa tersedar selepas ditampar oleh suspek.

"Mangsa kemudiannya telah ke balai polis untuk membuat laporan.

"Bertindak atas laporan polis dibuat, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar membuat tangkapan ke atas suspek yang merupakan warganegara tempatan berumur 33 tahun," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, kes disiasat bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan suspek kini direman untuk membantu siasatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved